Nak Buat Apa Lepas Pencen? - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Nak Buat Apa Lepas Pencen?

Nov 27, 2016

Nak Buat Apa Lepas Pencen?

Assalamualaikum w.b.r
.
Bersawang sudah blog saya ni kan
Punyalah lama tak ku belek2, tak ku update2
.
Kerja melambak2 sampai tak dan nak mengupdate. Bila kerja melambak, mulalah fikir nak pencen kan. 
Lagi2 bila tahun ni sahaja ada 3 orang cikgu kat sek saya tu pencen.
Mulalah berangan Mat Jenin. Nak pencen awal. Hihihihi
.
Minggu lepas, seorang rakan bertanya soalan cepu emas kepada saya. Bertanya adakah saya akan tinggal di Kluang, Johor sehingga pencen Tidakkah saya teringin untuk pulang ke Sungai Buloh, Selangor? Beberapa hari lepas pula, seorang rakan sekerja bertanya adakah saya akan berpencen di SMK Bandar T6, Kluang? 
.
InsyaAllah jika diberi kesempatan dari-Nya, dalam tempoh 20 tahun lagi saya akan berpencen dari bidang perguruan. Seronok membayangkannya 😆. Nak pencen di sekolah mana, hanya Allah yang tahu jawapannya. Nak berumah di mana selepas pencen? Sesungguhnya saya tidak kisah sama ada di Kluang atau di Sungai Buloh. Asalkan kami sekeluarga hidup bersama & saling menyayangi, sudah cukup bagi saya.💗
.
Semoga ketika saya sudah pencen nanti bisnes Shaklee saya dah kukuh lama Boleh diturunkan kepada anak2 untuk diuruskan. Semoga ketika itu saya & keluarga sihat walafiat & kuat, InsyaAllah. Anak2 dah besar ketika itu. Maka bolehlah saya & suami melancong berdua. Mengembara berdua ke seluruh dunia, menikmati ciptaan-Nya, berkenalan dengan bangsa lain ciptaan-Nya, belajar tentang adat resam budaya insan lain milik-Nya. Sesungguhnya saya memang suka melancong 💗
.
Doakan yang terbaik untuk saya & keluarga.


Live Life to The Fullest!
*Bangkok DIY 




.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.
Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. 
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Noor Asheeqmazmi Mohd Mahfoz
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913863 ]
♥ Contact No | WhatsApp | Telegram :012 2662438
 ♥ Emel : monskuki@yahoo.com
♥ Website : asheeqmazmi.blogspot.com

♥ Facebook & Instagram : Asheeqmazmi Mahfoz

No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com