Semalam aku dh sign borang SBPA
yang mana umum sudah tahu kan pasal gaji penjawat awam ni
dan byk komen2 positif mahupn negatif yg aku pernah baca dan dengar
so malas nk post pasal benda ni masa tgh hot hari tu
Borang ni kena sign sebelum @ pada 30 Dis 2011 kalo nk pencen 60thn
tapi kalo setakat nk sign borang SBPA tanpa menukar tahun pencen pilihan kita
tarikhnya dilanjutkan ke 15 Jan 2012
Bila dh kelebet pekeliling yg boleh kita dpt mengikut jabatan masing2 kat SINI
aku dh faham skit2 melalui pembacaan tentang SBPA yg umum di SINI pulak
tapi masih ada beberapa perenggan yg aku kureng faham
lg2 bab pencen...
Sebelum ni aku memilih utk pencen pada umur 56 tahun
aduhai...lama lagi tu
aku mula kerja pada usia 23tahun (muda x aku time tu?)
hehehhe dgn students pon mcm adik2 je :)
Dan aku mmg TIDAK mahu tukar kepada pencen 60 tahun
biar la ada fahaman yg kata akan dapat byk faedah
aku tetap dgn 56 tahun aku sbb aku ni peMALAS
plan nk p ronda2 keliling donia pas pencen
sp nk join???
ahaks
Mari berjimba2!!!
Berharap agar aku dipanjangkan umur ke angka tersebut
kalo Allah nk anugerahkan lebih pon, aku bersyukur Alhamdulillah
boleh tgk anak, cucu, cicit aku membesar..amin....:)
Ada 2 fahaman pasal pencen ni :
1. Kalo sebelum ni kita dh sign 56 tahun @ 58 tahun then nak tukar kpd 60 tahun,
pastu tiba2 je masa tua nnt, dh MALAS x larat dan nak pencen pada umur 56@58 balik,
pencen yang kita akan dapat adalah pada umur 60 tahun,
so kenala membanting tulang yg MALAS dh x larat td utk mencari rezeki lain bagi menyara hidup...
2. Tapi kalo baca pada mukasurat 18 : seperti di bawah,
sesiapa yg nk pencen awal, akan dibayar pencennya apabila sampai umur 55 tahun,
so mana 1 yg nk pakai ni sbb pada perenggan 72 tu, x dinyatakan pon kita sign pd umur brp kan
(klik pd gmbar utk imej yg lebih besar)
Dan lagi satu yang kawan2 kena tau
bahawa nama jawatan kita sebagai guru dh ditukar
dari PPPS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
ke PPP DG1-1 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG1-1
tu pon kalo kita ni dr DG 41, itu berdasarkan jadual kt bawah ni
Ha...lagi 1 mengikut kata kerani sekolah aku
kalo kita stay dgn SSM, kita dh susah nk naik gaji selain dr naik gaji tahunan
sbb PTK dh dimansuhkan dan diganti dgn apa, kita x tau
so xda chance la nk naik dr P1 ke P2, dr P2 ke P3 kan...
Cuma yg sadis bg skim SBPA ni
ada beberapa senior akan berkongsi tangga gaji dgn junior mereka yg setahun @ dua tahun lg lewat bekerja dr mereka
TETAPI dibezakan dengan bulan kenaikan gaji tahunan
(faham ke korang ni ha?)
kalo x faham , lenkali bl aku free, aku terangkan lagik ok?
:)
(klik pd gmbar utk imej yg lebih besar)
Makanya kawan2
tepuk dada, tanye nafsu selera
nk pilih SSM ke SBPA
Aku pon x tau byk sgt psl SBPA ni
kot2 la aku salah tafsir tentang yg kat atas2 tu
bgtau la ye..
aku ni hanya nk berkongsi apa yg aku faham dan tau
PEACE NO WAR!
hihihihhihiihi