Home » All posts
Baked potatoes
Assalamualaikum w.b.r
Malam tadi kami sekeluarga x dinner
sekadar makan pisang goreng + kopok lekor gorenng di petang hari
sambil menunggu apek Wai Heng dtg ke mari
Apa yg aku cuba masak ptg semalam hanyalah ayam bakar + kentang bakar
mari kita tgk gaya Junior Masterchef Malaysia beraksi.....
Setelah aku marinated beberapa biji kentang
(olive oil + pepper + salt)
Darwisy dtg menghulurkan bantuan seumpana Handy Manny gitew
Membantu menggunting aluminium foil
(seriau aku nengok dia guna gunting tu)
Lap tangan setelah mengambil kentang
dan sebelum wrap kentang
(cerewet...pantang tangan kotor, langsung taknak pegang pape)
Wraps the potato!!!
Akhir sekali, tugas kandaku masukkan kentang dlm oven picit2 aku
dan elok je kentang, ayam siap dipanggang...
suma dh tertidur kepenatan
sibbaik oven bisa mati sendiri
makanya...selamat la kami kan..
Tiru macam siapa?
Assalamualaikm w.b.r
Ada skali tu aku g beraya umah sepupu kandaku
kt umah dia ada tiang berseri
yg sedang dipanjat oleh anak2 tuan umah
betol2 ketika saatnya Darwisy masuk umah tu
Makanya sepanjang makan kueh raya
Darwisy pon meng-usha kawasan tersebut
dan kitorang observe dia dr jauh
mcm2 stail dia cuba utk panjat tiang berseri tu
tp hampa, sia2 usahanya
Last2 sebelum mengundurkan diri dr umah tersebut
aku pon kasi chan kt Darwsiy utk melepaskan giannya
dan hasilnya......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Suka betol mamat ni dpt panjat akhirnya!
Serangan dari pelbagai puak!!!
Assalamualaikum w.b.r
Selepas serangan yang pertama pada Jumaat mlm Sabtu yg lepas
umah aku x berhenti dr serangan puak2 yang lain pada hari2 yg berikutnya
Di bawah adalah gambar2 puak2 yg telah berani menyerang umah aku
dan juga waktu menyerang mereka
Sabtu petang
Menu : Mi rebus lantak
Puak Pertama : 5 Sains 2006 (gambar x sempat diambil...)
Puak bertelagah kedua: 5 Sains 2008
Puak bersekutu ketiga: 5 Sains2 & 5 Ikhtisas, 2011
Menu : Mi rebus lantak + mi goreng carcamerba
Puak terlebih makan keempat: 5 Ikhtisas & 5 KM3, 2007
Askar2 tengah ajar anak aku cara nk tukar tayar beskal
Dulu budak ni segak slim jer..
skang....kalah bapak orang tau!
harus diet ni Halim oiiii....
Puak terlebih hapening kelima : 5 Ikhtisas, 2011
Ahad petang
Menu : Jambu batu + colek MakBee (gambar x sempat diambil...)
Puak keenam : 5 KM2 & 5 KM3, 2010
Isnin malam
Menu : Lempeng + kari ayam
Puak merempit x pakai helmet ketujuh: 5 Sains 2010
Penat sungguh melayan suma
tp dlm penat, ada gembiranya
dalam penat, x henti tertawa
dalam penat, bertukar cerita...
Terima kasih pelajar2 kerana sudi singgah menjenguk bekas gurunya ini
terima kasih juga kepada yg telah menghulur duit raya kpd Darwisy
bl diorang bg duit raya tu, barula aku terasa yg dh besar pjg dh sumanya
dh pandai bersedekah gaji masing2 kan...Alhamdulillah
Semoga suma sentiasa dilindungiNya
dan sentiasa mengingati aku, seorang guru
yang hanya hadir sebentar dlm hidup perjalanan hidup mereka yg panjang..........
Serangan raya yang pertama!!
Assalamualaikum w.b.r
Semalam pas isya'
umah kami diserang oleh gergasi2 ex-students aku, 5 Ikhtisas 2011
yang laparkan makanan kemaafan..
ehhehehehe
Aku hanya sempat gorengkan jemput2 sayo je
almaklumla hampir jam 7 mlm baru kami sampai umah dr kampung
makanya aku masak apa yg termampu je la
siap kena komen : "berminyakla jemput2 ni madam..."
tp ngkorang melantak gak kan..hampagas tol ngkorang kan...
tengah sibuk berebut jemput2 berminyak aku
with the boys....
ada yg nk balik uni dh harni
dats y diorang dtg gak mlm td
berlakon konon
ni masing2 lps minum air zamzam
Terima kasih kpd yg sudi jengah cikgu dia ni kan..
ni pon tgh menunggu batch lain datang..
harusla aku bersiap sedia kan
sbb smlm ada kueh yg x sempat diisi dlm bekas kueh
makanya aku bwk dgn bekas kueh yg besar tros...
Mood sehari sebelum raya....
Assalamualaikum w.b.r
Post sebelum ni aku dh bgtau yg kitorg balik umah mak aku
seawal-awalnya sebelum raya
makanya..banyakla aktiviti yg boleh kitorang buat :
kemas umah, anyam ketupat, kopek kerang, masak rendang, kacau dodol....
*termasukla aktiviti aku menyiapkan poket baju melayu Darwisy n kandaku..
Darwisy mendayung dodol..
sampaikan dodol panas tertumpah skit kt lutut dia
pastu baru tau nk stop dayung...
Baju dua beranak
yang baru sj kusiapkan poketnya
Amacam??
Boleh juai ka?
Kalo Makcik Rehan tgk ni..
mesti dia bantai gelak :)
Baju kecik Darwisy...
gagah gak aku menyiapkannya
Ni menu yg aku masak
Khas resipi MIL aku
sambal goreng Johor stail...
Mood raya?
Assalamualaikum w.b.r
Dh seminggu kita menyambut Aidilfitri
dan sekarang ni baru sempat nk hapdet blog
almaklumla...baru sampai umah sendiri petang semalam
Tahun ni turn beraya dgn family aku
makanya Aidiladha nanti dgn family kandaku
dan kami telah berjaya selamat sampai ke umah mak aku
pada Rabu mlm Khamis sebelum raya
kami berdua bernasib baik sebab sekolah kitorang sama2 amek cuti berganti hari Khamis tu
Bagi album raya di bawah ini
harap2nya korang abaikan la waktu di gambar ye
Kandaku bersama menu pagi raya
Ampun mak...
sesungguhnya anakmu ini sememangnya byk buat dosa
My beloved family
M.I.A : kandaku n abangku
diorang tgh sibuk setting kamera
dgn menggunakan iron board sbg tripod stand..
Me, mom n my only sister
Grey family in the house!!!
Akhirul kalam
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin!
Fotosintesis
Assalamualaikum w.b.r
Korang tau x apa maksud fotosintesis?
baru2 ni aku cuba ajar Darwisy tentang proses fotosintesis
tp dalam bahasa yg mudah
Fotosintesis bermaksud proses tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri
simple je kan maksud dia
tp amat payah utk diingati oleh budak2 kt sekolah aku
hmphmmmmhhhhh...
Dlm proses ni, tumbuhan perlukan gas karbon dioksida dan air utk dia membuat makanannya
tp tumbuhan ni perlukan bantuan daripada cahaya matahari
dan klorofil (pigmen hijau yg ada dlm daun : utk menyerap cahaya)
kalo x cukup salah satu dari yg empat tu....
pokok akan terbantut pembesarannya
Tumbuhan ni akan menghasilkan gas oksigen (yg manusia guna utk bernafas)
dan glukosa (sebab tu kalo kunyah tumbuh2an betul2, kita akan terasa keglukosaannya...)
Aku bgtau Darwisy yg pokok2 hanya akan membesar waktu siang je
sbb siang2 ada cahaya matahari
pastu kalo nk bg pokok sihat, kena bg pokok2 tu minum air...
sbb tu Allah turunkan hujan...
(sebab Darwisy selalu tnye np hujan turun?dia kata, x boleh ke bg pokok minum air MILO?????)
aiyak!!!
Dlm byk2 pokok yg ada kt umah aku ni
ada satu pokok yg aku rasa aku berjaya biak dgn jayanya
aku gantung dekat tingkap dapo aku
so kalo tgh masak2 tu, blh aku bg la dia minum air skit2 kan....
Pokok siap tanam yg aku bli kt IKEA
(senang beli siap sbb dia dh ditanam dlm pasu kecik2..x pyh aku sosah2 tanam lg kan..)
pasu gantung tu pon IKEA mari...:)
Tara.....
pokok keladi kecik
ni pon nk beli kt IKEA kan..
mcm la kt umah mertua aku xda
hehehheeh
Siap suda....
Assalamualaikum w.b.r
Alhamdulillah, semalam petang aku telah berjaya menyiapkan baju raya aku!!
itu pon setelah aku mintak bantuan dr sorang cikgu senior
utk ajar jait ketiak baju kurung moden aku
yg mana aku mmg fail nk jait
sokmo kena marah dgn mak aku bl dia tgk jahitan kt ketiak tu tau....
Lagi yg wat jahitan aku ni lambat nk siap ialah
ni baju versi ada lining
makanya aku kena jahit berhati2 agar cantik dipakai....oleh diriku
muahahahhahahah
Alhamdulillah, semalam petang aku telah berjaya menyiapkan baju raya aku!!
itu pon setelah aku mintak bantuan dr sorang cikgu senior
utk ajar jait ketiak baju kurung moden aku
yg mana aku mmg fail nk jait
sokmo kena marah dgn mak aku bl dia tgk jahitan kt ketiak tu tau....
Lagi yg wat jahitan aku ni lambat nk siap ialah
ni baju versi ada lining
makanya aku kena jahit berhati2 agar cantik dipakai....oleh diriku
muahahahhahahah
Ada lagi kain lebey2 baju ni
kalo dh ada baby girl, boleh je jait versi cinonet
tp belum ada rezeki lg
nk wat cmne kan
*Atok : belum tertinggal ketapi lg la..Darwisy tu yg suka sgt dgn baby girl...:)
Skang ni perjuangan aku perlu diteruskan
tinggal nk jahit poket baju melayu kandaku dan anak bujang senangku
jangan pagi2 raya baru nk siapkan...
lg kena marah dgn mak aku nnti!!!
hahahahahahhahahahah
P/s : Jangan ada yg menggatai nk tempah baju kt aku eh.
Kalo rasa2 nak pakai raya 5 tahun lg, boleh la mula tempah sekarang..:P
Kereta Kecil...
Assalamualaikum w.b.r
Budak Darwisy ni dok ralit dgn karpet baru dia ni
aku dh lama nk belikan
tp bl g IKEA je, menatang ni dh abes
2 minggu lps baru dpt grab karpet ni
sibbaik ada stok
Dok punggah menan je keje bdk ni
tu blm suma yg di susunnya
x cukup bsr utk dia susun koleksi Thomas & Friends dia
ntah mn nak disusun segala trektar, steamroll dia
Minggu ni dh pandai order kat aku
mintak blikan orang2 kecik
dia nk susun kt bangunan2 yg ada tu
alahai anak...mn la bonda nk cari
kalo setakat patung askar tu, boleh la cari
ni mintak 4 patung je :
ayah, bonda, Darwisy, baby girl
phiewwwww................
Muka happy setelah muntah2 n berak sbb
food poisoning
Ada seni x? :)