6 MITOS IMUNITI - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: 6 MITOS IMUNITI

Sep 14, 2019

6 MITOS IMUNITI

Assalamualaikum w.b.r
Salam sejahtera.

Kita selalu dengar banyak sangat pendapat-pendapat tentang imuniti badan.
Namun kita tak tahu sama ada pendapat itu SAHIH atau sekadar MITOS semata-mata?

Meh sini cikgu Asheeq bongkarkan 6 MITOS tentang IMUNITI yang selama ini menghantui diri kita.


MITOS 1

Kebasahan dalam hujan akan membuatkan anda sakit.
Seronoknya dapat main hujan!


Fakta


Tiada bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema atau sakit.

Sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut.

Apabila tiada bukti-bukti sains yang kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek moyang kita.

Mitos 2

  • Selsema ialah virus.
  • Sejuk ialah bakteria
Achooo....


Fakta

Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus.

Fakta yang menarik untuk kita ketahui ialah terdapat lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa).

Virus selsema sentiasa berubah setiap tahun.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa sistem imun adalah di tahap yang terbaik.


Mitos 3

Selsema tidak berbahaya


Fakta

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema).

Di Malaysia, bayi di bawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemah
juga merupakan sebahagian daripada kumpulan berisiko tinggi.

Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang lebih serius.


Mitos 4

Antibiotik membantu merawat sejuk atau selsema


Fakta

Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu.

Walau bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.


Mitos 5

Selepas sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau tempoh itu.

Fakta

Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus sejuk yang lain.

Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.


Mitos 6

Anda hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema.

Fakta

Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama terutamanya
semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema.
Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau bersin.


********************************************************************************

Maka guys, segala mitos telah terungkai.
Kita wajib sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan yang Allah beri pinjam ini ya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.
Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. 
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Noor Asheeqmazmi Mohd Mahfoz
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913863 ]
♥ Contact No | WhatsApp | Telegram :012 2662438
 ♥ Emel : monskuki@yahoo.com
♥ Website : asheeqmazmi.blogspot.com
♥ Facebook & Instagram : Asheeqmazmi Mahfoz

No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com