Nasi Ambeng - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Nasi Ambeng

Mar 20, 2012

Nasi Ambeng

Assalamualaikum w.b.r

Kalo zaman dulu2
orang yang bukan orang berketurunan Jawa
mesti terpinga2 bila mendengar "Nasi Ambeng" kan

Tapi zaman teknologi skang ni
aku rasa dah x payah nk terpinga2 lagi kan
orang Kelantan, Kedah, Sarawak, pon dh pandai makan Nasi Ambeng
bak kata Pak Najib, 1 Malaysia!
hahahaha

Tapi yang x sedap didengarnya
yang x reti sebut, menyebut dengan Nasi AmbAng
sebutan yang sepatutnya ialah Nasi AmbEng

Sebenarnya Nasi Ambeng ni biasanya dihidangkan oleh masyarakat Jawa 
ketika kenduri diadakan
of course la bukan ketika kenduri kahwin 
tapi ketika kenduri doa selamat ke, kenduri kesyukuran ke, kenduri potong jambul ke
x kesah la kenduri apa pon....

 
Contoh nasi ambeng 
*masa kenduri cukur jambul Zuhumaira &
*kenduri doa selamat Darwisy sebelum disunatkan


Nasi Ambeng dihidangkan di dalam dulang besar
biasanya dilapik dahulu dgn daun pisang sebelum diletakkan nasi
kemudian barulah diletakkan lauk pauk yg enak itu
dan biasanya lauk yang disediakan ialah ayam(x kesah la nak masak apa), sayur, bihun @ mi goreng, sambal goreng, ....., .....
pendek kata ikot suka korangla nk letak lauk apa yang penting mudah utk dibahagi kemudian nanti
sebelum diletakkan lauk pauk tersebut, nasi dilapik dahulu dgn daun pisang lagi
tapi zaman skang ni kalo dh x jumpa daun pisang, orang ganti dgn plastik je
cuma xdpt ler bau2 daun pisang yg enak menusuk kalbu tu kan...

Nasi Ambeng ni dimakan di dalam dulang secara berjemaah
satu dulang biasanya dikongsi oleh 4 orang jemaah kenduri
biasanya dimakan selepas kenduri iaitu selepas doa dibacakan
dan jemaah biasanya tidak akan makan sehingga habis nasi dan lauk2nya
(kebulur ke  ape nk mkn byk2 tu kan..penuh perot sey... :p)
sebab selebihnya akan dibawa balik ke rumah masing2
untuk diberi kepada ahli lembaga pengarah keluarga yang lain

Sebelum makan2 dimulakan, nasi dan lauk2 yang ada di dalam dulang tu 
akan dibahagikan sama rata utk setiap ahli dulang (betul ke ayat aku ni???)
kemudian, setiap ahli dulang akan menjamah sedikit nasi tersebut
kemudiannya barulah dibungkus utk dibawa pulang ke rumah ke hotel ke hostel ke..

Tuan rumah dh siap sedia, menyediakan plastik2 utk membungkus 
jadi, x payah la ahli2 dulang membawa tipuware ke tupperware ke dr rumah masing2
ala2 nasi campur gitu kekdahnya
cuma korang x dpt memilih lauknya la kan cm kt kedai...hehehhehe


Contoh tipuware plastik yang telah disediakan oleh tuan rumah


Abes sembang2 sambil makan, ke makan2 sambil sembang2 eh?
lantakla yang mana satu pon
ahli kenduri boleh la balik mengikut masa yang mereka suka..
kalo nak tolong tuan rumah cuci periuk belnga kt dapur pon, blh gak..hehehhehe
tp dgn kekdah kenduri dgn Nasi Ambeng ni sbnrnya menjimatkan masa tuan rumah
yela kan, setting nasi & lauk dlm dulang je..dh jimat pinggan
pastu makan pon dlm dulang gak kan,
sudah semestinya lagi best tau
boleh jimat pinggan lagi, sabun cuci pinggan, air...

Last but not least...
zaman skang ni, orang katering pon ada wat menu Nasi Ambeng tau!




 
Ni saje nak tempek
bekas letak rambut Zuhumaira masa cukur jambul
*eh, aku dh cite ke blom eh yg Darwisy dh dpt sepupu baru????

No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com