Darwisy's tantrum - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Darwisy's tantrum

Mar 6, 2012

Darwisy's tantrum

Assalamualaikum w.b.r


Alkisahnya banyak cite yg aku nk simpan dlm blog aku ni 
sepanjang sebulan tidak bersiaran
paling mustahak adalah episod tantrum Darwisy yg amat mengGERUNkan aku

Since cuti Tahun Baru Cina hari tu
Darwisy menangis je bl aku nk hantar di g umah bs, Tok Mah
puas aku & kandaku berikhtiar berjanji yg mcm2
memujuk yg berpanjangan
berperang yang tidak berkesudahan
tapi dia still menangis bl aku nk hantar dia pg2

Heran bin ajaib betol
aku x tau apa puncanya
nak dikatakan dia dh xda kawan kt umah Tok Mah, 
since awal tahun Tok Mah dah jaga dia sorang je
nk kata kena pukul dgn Tok Mah, confirm xda punya
kena pukul dgn aku ada la..hehehhe
ops..tidak hokey

Bukan setakat menangis meraung masa g umah bs
Darwisy dh pandai mengamuk x tentu hala
menjerit macam orang hilang arah
aku pon jd x keruan tau



Kdg2 aku wat bodo je
tgkkan dr jauh je kemengamukkannya sampai mn
tp x blh gak
hati aku ni tulus, mulus, halus
kesian tgk anak tu mengamuk, menangis sendirian
terus pujuk balik

Dh ramai kawan2 aku bertanyakan soalan
dh mcm2 kekdah yg diorang suggest, aku try
tp x sudah2 gak tantrumnya
kdg2 tu trigger nya amatlah kecik
tp boleh dijeritnya sampai sakit tlinga aku tau

Ada yg kata Darwisy nk adik, 

ada gak yg kata dia bosan sorang2,
dan ada gak yg cite pasal makhluk halus.....
tu yg lg aku seram....
jengjengjeng

Last episodnya adalah Jumaat 2 minggu yg lalu, 24 Feb 2012
nak dijadikan cerita, aku bertugas jaga budak lontar peluru untuk sukantara sekolah
kandaku plak bawak Darwisy g courier amek barang
Darwisy tertidur dlm keta sepanjang perjalanan dan terjaga bl sampai kt courier
terus mengamuk bagai
sian kt kandaku yg terpaksa handle dia sorang2

Sblm smpai rumah
hero2 aku tu g singgah 7 Eleven, beli eskim
sampai umah habis hancur eskim yg dibeli 
dek dibaling dan dihenyak2 oleh anak teruna aku tu

Terus kandaku azankan Darwisy,
bacakan ayat Kursi, 3x
sampai pada bacaan "Wasi'a kursiyyuhussama...."
terus Darwisy terdiam, dh x mengamuk2 lg
terus kandaku bg Darwisy minum air dan dia terus cool down
Alhamdulillah

Dan setelah episod itu, Alhamdulillah Darwisy dh x mengamuk2 lg
dh x nangis2 lg time aku nk hantar dia g umah Tok Mah
aku bersyukur sgt2...

Sbnrnya, kandaku ada terdengar di radio 
Dato' Fazilah Kamsah ada bg talk
dia kata, bdk2 kecik ni ada yg suka ikot
so, bila nk masuk umah amalkan baca 
1. Bismillahirrahmanirrahim 3x
2. Bagi salam
3. Senyum kat pintu masuk umah

Korang nk percaya ke tidak, terpulang 
tp apa yg berlaku pd Darwisy...
membuatkan aku lebih berhati2 dgn masa kuar masuk umah kami
aku x ingat sama ada kitorang ada balik / kuar umah pada waktu2 yg x baik
sebelum / pada cuti CNY hari tu

Semoga kisah Darwisy ni dijadikan iktibar dan sempadan kpd kwn2, sahabat2 yg lain
wallahua'lam





No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com