Berkhatan! - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Berkhatan!

Mar 8, 2012

Berkhatan!

Assalamualaikum w.b.r

Alhamdulillah Darwisy telah selamat dikahatankan pada
Tarikh : 7 Mac 2012
Usia : Hampir 2 tahun 11 bulan
Masa : 3.45 ptg
Tempat : Klinik Dr. Ahmad & Surgery, Kluang
Kos : RM150.00

Mmg agak janggal mendengar budak terlalu kecil dikhatankan kan
tp dalam Islam sendiri, disunatkan untuk mengkhatan anak lelaki pada usia 7 hari
dan Rasulullah sendiri dilahirkan telah berkhatan kan
*betulkan aku kalo wat wrong statement

Aku dan kandaku mmg x pernah terfikir utk mengkhatankan Darwisy seawal ini
tetapi setelah musyawarah keluarga dibuat
dan atas sebab2 yang nanti (setelah kejadian) aku akan ceritakan
maka kitorang telah sepakat membawa berkat utk menjalankan prosedur ini seawalnya

Skarang ni dh zaman "Smart Klamp"
bukan zaman duk atas batang pisang, tok mudim dtg dgn parang pisau sunat lg
dan "Smart Klamp" ni sememangnya amat praktikal dan memudahkan penjagaan selepas berkhatan
untuk info lebih lanjut tentang "Smart Klamp", sila klik SINI


Ni rupa "Smart Klamp"


Sebelum memilih Klinik Dr. Ahmad ni
kitorang dh merantau 1 daerah Kluang utk mencari klinik yang sanggup melakukannya
2 klinik reject proposal kami
1 klinik yg guna kaedah laser plak tutup 
1 hospital pakar yang ada plak, doc yg akan menyunatkan ialah Dr. Tan
kalo aTAN, hatTAN ke xpe gak
ni keturunan Tan Cheng Lok mana ntah 
Bismillah ntah ke mana, Selawat ntah ke mana kan
hehehhehe

Kain pelekat yang aku jait khas utk Darwisy


Sepanjang proses berkhatan
aku, kandaku dan FIL aku ada bersama2 Darwisy
awal2 lg kami dh sepakat membahagikan tugas
1. Aku : hug Darwisy di bahagian atas (tangan terutamanya)
2. Kandaku & FIL : pegang kaki Darwisy
sebab doc dh pesan awal2,
doc takot Darwisy akan meronta2 sbb terlalu kecil utk memahami erti khatan...

Bila dia meraung, aku pujuk2,
bila dia marah2 doc, aku bacakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
bl dia menangis, aku pon ikot menangis...uwaaaaaaaaa
sedey woo dgn anak meraung, melalak kesakitan

Aku ada record video dia nangis
tp x sampai hati nak tengok balik
pilu sey!


Lepas sunat, Darwisy refuse pakai kain ni
tp kena paksa gak



Beberapa mminit pas kena sunat dan belum lagi kuar klinik, 
Darwisy dh tertido (kepenatan agaknya kan)
SIAN...........



Kt dlm keta pon dia nk didukung mcm ni
sakit2 tangan aku tau


Saranan aku kepada parents yg nk khatankan anak2 lelaki seawal umur Darwisy
agar bersedia mental dan fizikal sebelum dan selepas proses khatan
sbb bg aku dan kandaku sendiri,
kami memang x lalu makan, x tenteram bbrp hari sebelum Darwisy dikhatankan
lepas dikhatankan plak, aku sedey tgk dia menahan rasa sakit masa nk shi2...
kesian...kesian.....

10 comments:

  1. wahhh big boy... emm let me guess big boy nk ke tanah suci ke? :)

    ReplyDelete
  2. comelnye mama aan tgk hehe..mama selalu pk darwisy pakai kain ke tak ye pas khatan..so cute kain pelekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mnde dia nk pakai kain tu..kejap je tu pakainya..

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah..dh boleh usha2 anak dara org ni..heheheh

      Delete
  4. nak tau gak klinik mn yg buat khatan secara laser tu...?masih ada lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so sori..x perasan komen ni. laser tu ada kt tmn intan. dr zainudin. harga pon sm je cm clamp. rm150.

      Delete

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com