MUNCHYS ada ARAK? - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: MUNCHYS ada ARAK?

Sep 14, 2011

MUNCHYS ada ARAK?


Pg2 buta td kt sekolah aku ni
dh kecoh2 pasal keHARAMan biskut Munchys
aku ada klas awal pd tdso x amek pot pon apa yg diorg kecohkan

Rupa2nya Pengetua aku dpt sms dr kwn dia
yg mengatakan JAKIM telah buat serbuan ke kilang Munchys
yg terletak di Batu Pahat
dan didapati terdapat simpanan ARAK di stor mereka

Begini isi kandungan sms tersebut :
"TERKINI : JAKIM telah buat serbuan ke ats kilang MUNCHYS, Bt. Pahat dan menemui stor ARAK.
Boss nya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan ARAK tersebut untuk dicampur ke dalam biskut....Tolong sebarkan maklumat ini kepada seISLAM dan kepentingan umat ISLAM. Dr Pegawai JAKIM - Hj. Jalil B. Raihan (JAKIM Putrajaya)"

*yg capital letter tu aku je yg saje2 capital kan...:)


Aku dgn rasa percaya dan ragu2 dgn sms tersebut
g cek la dgn Halal JAKIM
sbb nk wat entry kt blog kan
kang kalo salah info, kena SAMAN la plak
(peghasan blog aku glamer, ramai peminat..)
ni la hasilnya....

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN
PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.
: petikan dari HALAL JAKIM :

Tapikan ada seorang cikgu sekolah aku ni
yg mana tanah tumpah kampungnya adalah di kawasan kilang tersebut
mengatakan bahawa kenyataan itu benar
sbb pekerja kilang yg mn adalah org kampungnya mengesahkan cerita tersebut

Tapi apakah?
adakah?
mengapakah?
bagaimanakah?
bilakah?
di manakah?
kebenarannya?
aku pon tarak tau..

Tapikan HALAL JAKIM xkan nk bohong plak kan...
tepuk dadatanye selera
sibbaik la aku ni KURENG skit makan biskut
sbb dh puas, jemu makan time masa asmara asrama dulu...
kuangkuangkuang

Sekian laporan dr kilang sekut moncheese

1 comment:

  1. sekarang ni , orang suka suki main isu halal haram kan...mungkin nak jatuhkan sesuatu produk...ish

    ReplyDelete

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com