Hatyai Field Trip Day 02 : Hatyai - Songkhla - Hatyai - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Hatyai Field Trip Day 02 : Hatyai - Songkhla - Hatyai

Aug 27, 2019

Hatyai Field Trip Day 02 : Hatyai - Songkhla - Hatyai

Assalamualaikum w.b.r

Kepada yang nak baca Day 01 punya, sila klik SINI ya

Meh sambung cerita yang stuck sampai tunggu van tu ha.
Tunggu van 2 buah sebenarnya. Tapi yang sampai hanyalah 1 😓
Sebuah van lagi tersangkut dalam jem.
Maka bergilir-gilirlah satu van tu buat 2 trip hantar kami ke hotel

Nak nombor abang Van Hatyai?
Meh contact ni : 013 4212845. Abang Gee
Kami dapat harga RM1700 untuk 2 van, 2 hari.

Sampai hotel, bilik tak boleh checkin lagi.
So budak-budak ni g salin baju JDT kat toilet area lobi.
Dahla toiletnya 1. Hambek ko.

Kami booked Get Guesthouse Hotel, Hatyai through Booking.com je pun
Cantik tau hotelnya. Baru. Dekorasi minimalis dan moden.
Pastukan kami kena tambah lagi bayaran hotel sebab kami nak sumbat 1 bilik 3 orang.
Pihak hotel kenakan surcaj.
Pastu kena tambah 1 lagi bilik extra.
Sibbaik ada duit emergency. Alhamdulillah.

Settle semua kes di hotel, siap checkin semua, kami terus gerak g SONGKHLA!
Jauh gak weh ke Songkhla ni.
Dalam 1 jam perjalanan daripada pekan Hatyai.


Ni view on the way ke Songkhla.
Cantik weh.


TANG KUAN HILL LIFT STATION

First destination kami ialah Tang Kuan Hill Lift Station
Bayaran masuk :
Dewasa & kanak-kanak 30THB
Kanak-kanak ketinggian bawah 120 cm 20THB


Beli tiket dulu.
Ada 1 tiket kanak-kanak untuk Darwisy 😁


Ramai-ramai diorang sumbat dalam train tu naik bukit.
1 coach tu memang kami semua + staf dia.


Curam tau landasan ketapi naik atas bukit ni


Sampai atas, view dia memang cun! Subhanallah.


Ni salah satu view yang korang boleh tengok dari atas.
Ni nampak laut.


Tapi kan kat atas ni banyak monyet tau.
Korang kena hati-hati.

Tu ada 2 ekor ha
Yang berekor-ekor lain g entertain pelawat lain
Hahahha





Sawadikarp
Kharp Khun Kap


Kat bukit ni juga ada 1 stesen Songkhla Ais Station.
TB tak pasti station untuk apa.


Songkhla Ais Station


Terdapat juga rumah api tau kat atas ni.
Songkhla kan tepi laut.
So rumah api ni penting bagi membantu ahli pelayaran di lautan sana.




Atas bukit ni ada temple ya tuan puan.
The Royal Pagoda namanya.
Sebab tu bila keluar je dari perut lif kat atas bukit tu, korang akan nampak kaunter jual barangan sembahan diorang.


The Royal Pagoda



TB tak tau apa kegunaan loceng yang banyak ni


Kat atas ni memang cantik banget untuk korang photoshoot banyak-banyak sampai hitam.
Hahahaahha
Panas weh. Lighting cantik.

Mana-mana yang tak larat nak shoot banyak-banyak tu, turun bawah dulu la.
Basahkan tekak dengan buah-buahan & aiskrim kelapa.
Sedap!
Sempatlah habiskan aiskrim tu sementara menunggu batch yang bergambar sakan kat atas tu untuk turun ke bawah.


Darwisy beli buah je la ya
SIHAT!


SONGKHLA BEACH

Dah seronok menghitamkan diri & makan aiskrim kelapa kat kaki bukit Tang Kuan, driver terus bawa kami pergi ke pantai.
Alaaa.. kat tempat ada mermaid yang glamer tuh.


Songkhla City


Glamer kan mermaid ni
Hihihi


Kat pantai ni ada banyak choice makanan.
Muslim restoren pun boleh dicari di tepi pantai.
Kalo ada yang berani makan makanan aneh, boleh try telur yang ada anak ayam dalamnya.
hahahha
Lalu kerrrr?


Makcik pun pandai buat peace yo!


Pilih. Bayar. Makan.
Lalu ke?



Kami ramai-ramai makan kat kedai ni
Tepi pantai


View masa kami makan tengahari
Cantik


Opss lupa nak bagi tips shopping.
Kat pantai ni kan boleh dapat beg comel-comel gambar owl, elephant dengan harga yang lagi murah daripada kat Asean Night Market tau.
Rugi betul hari tu tak beli 1.
Cikgu Din beli 1 dapat harga 100THB.
Tapi cikgu Asheeq beli kat Asean Night Market, harga 150-200THB tau.


THE GREAT SERPENT "NAG"

Done merewang ditepian pantai, lunch bagai, kami dibawa ke kepala naga
Ekor naga ada kat opposite side of Songkhla katanya.
Uolls boleh gugel lah apa bendanya kepala naga ni.
Bak kata driver van, memang wajib bergambar kat sini

Rajin ke nak baca?
Bacalah


Kemain anak bujang ni nak kena muntah si naga


Ni ha kepala naganya


Sekejapan je pun kami kat sini.
Amek gambar buat syarat je.
Pastu terus cabut balik.


THE CENTRAL MOSQUE OF SONGKHLA

On the way balik ke pekan Hatyai, kami singgah di masjid Songkhla ni untuk menunaikan solat jamak qasar zuhur & asar.
Pastu siap-siap pesan kat anak murid, yang belum qada' Subuh, sila qada' ya
Depan masjid ni ada 1 kolam yang besar & panjang.
Memang cantik untuk photoshoot.
Tangga masjid juga ada banyak tau.

Pandangan hadapan masjid


Ruang solat lelaki
Luas kan


Tempat wudhu perempuan kat area bawah belah kanan manakala belah kiri ialah untuk lelaki.
Ruang solatnya memang besar.
Tak payah nak rebut-rebut nak solat area mana.




Settle solat, kami terus balik hotel.
Budak-budak nak mandi. Badan dah berlengas sebab tak mandi pun pagi tadi.
Masa pun ada sedikit panjang sebelum ke Asean Night Market.
So, to hotel we go.

ASEAN NIGHT MARKET

Settle mandi, tukar baju terus gegas g Asean Night Market tau.
Budak-budak ni kemain tazzabar nak melantak & shopping

Pasar Malam


Kami berpecah kat ANM ni.
Sukatilah korang nak g shopping terus ke atau makan dulu.
Cikgu-cikgu pilih untuk mengisi perut dulu.

Food hunting gais!
Hahahha

Ala-ala sushi kekdahnya
I tak beli pon


Pulut mangga.
Wajib beli. Sedap.


Pad Thai
Wajib cuba



Ni ha chef pad thai tadi


Ni pun I tak beli.
Tengok je. Tak larat dah nak makan.


Ni wajib cuba. Pelbagai jenis air.
Ko tunjuk je nak yg mana satu.



Ni pandangan night bazar dari arah atas.
Atas ni tempat makan tau.
Kat bawah yang tempat jual souvenir, baju bajan, kasut, beg


Settle makan, kami berpecah mengikut minat masing-masing.
Nak shopping apa barang?
Semua ada.
Spender, braZIL, kasut, seluar, baju, beg, aksesori
Fuhhhh


Abang Long Korea dapat menan
Suh dia duk diam sementara Bonda pilih barang


Shopping till you drop la ya.
Sebab budak-budak sekolah TB ni suka shopping kat ANM ni katanya.

Penat shopping, makan, shopping.
Balik hotel & tidur.
Yeay!!!

Tunggu entry pasal day 3 plak ye.
Ntah bila lah nak siap tu


No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com