Bundle Preloved ; Winter Collection - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Bundle Preloved ; Winter Collection

Aug 19, 2019

Bundle Preloved ; Winter Collection

Assalamualaikum w.b.r
Bersawang juga blog ni kan.
Huishhh..
Jangan ada yang bersin, terbatuk sebab banyak habuk la ya 😆

Al kisahnya, TB & keluarga mencari baju sejuk untuk kegunaan nak merayap bulan 12 nanti.
Tempat kami nak pergi tu, tak adalah sejuk sampai ada salji.
Tapi anginnya agak sejuk.

Misi mencari baju sejuk ni dah bermula sejak beli tiket bulan Jun.
Semua baju yang dijumpai memakan kos RM200+ untuk sehelai.
Nak beli untuk suami Korea & Abang Long Korea je pun.
Cecah RM500 😫
TB pinjam adik punya je. JIMAT 🙈

Google sana sini, jumpalah dengan BUNDLE PRELOVED ni.
Online & offline pun ada.
Review kata best sebab memang khas untuk baju winter kat situ.
Mudah nak pilih.

Maka kami pilih nak offline je.
Lagi best g kedai kan.
Boleh cuba try test 😁

Ni alamat kedainya.
Ada 2 outlet tau.

1. JALAN KEBUN, KLANG


12-3, Dkebun Commercial Centre, 
Jalan Desa Putera 43/ks08, 
41200 Klang, 
Selangor.




















2. BUKIT JALIL
F5-2, Bukit Jalil Signature Office, Persiaran Kalil 1, Bukit Jalil City, 57000, Kuala 

























































































































































































































































































































































































































































































Location : https://goo.gl/maps/GgSpvYBfW8rQnnCZ6

Waktu operasi :
Setiap hari kecuali JUMAAT.
10.30 pg - 10.00 mlm.

Waktu operasi di bulan Ramadhan 

Isnin - Khamis
12.00 tgh - 10.00 malam
(Rehat 6.00 ptg - 8.00 mlm)

Sabtu & Ahad
10.00 mlm - 10.00 mlm
2. BUKIT JALIL

F5-2, Bukit Jalil Signature Office,
Persiran Jalil 1,
Bukit Jalil City,
57000 Kuala Lumpur

Location : https://goo.gl/maps/VMYN5LEFsVx96opr8


Waktu operasi :
Setiap hari kecuali JUMAAT.
10.30 pg - 10.00 mlm.
Waktu operasi di bulan Ramadhan 
Isnin - Khamis
9.00 pg - 6.00 ptg
(Rehat 6.00 ptg - 8.00 mlm)

Sabtu & Ahad
10.30 pg - 10.00 mlm.


Kami sekeluarga bercadang untuk pergi yang di Klang.
Lepas tengok movie The Lion King beramai-ramai, terus gerak dari OU ke Klang.

Kepala kena dongak ke atas tau kalo nak cari signboard kedai ni.
Sebab kedai kat tingkat 3.
Jenuh kami tengok yang kat bawah.
Tak jumpa.
Hahahaha

Pusing kali kedua baru jumpa kedainya.

Ni ha kedainya.
Kalo tak silap blok ketiga.

Naik lif sampai tingkat 3, terus nampak pintu kedainya.
Senang banget.

Nampak pintu ni, betullah kedainya.


Banyak giler 😱 gais baju kat sini.
Winter collection ada dalam 2000 helai.
KOrang melilaulah cari baju yang berkenan.
Harga bermula dari RM50 hinggalah ke beratus pun ada.

Mula-mula carikan Abang Long Korea punya dulu.
Jenuh tau nak cari sebab dia nak kaler BIRU & ada HOODIE.
Aduhai 😫

Yang kami jumpa, tak cukup saiz.
Ada yang cukup saiz, cun tertiba masa QC (Quality Control), ada nampak koyakan ler pulak.
Muncung mulut Darwisy bila jumpa biru TAPI tiada hoodie.
Pastu Bonda is malas nak layan. Biar dia main dengan cousins dia Z&Z.
Kita cari untuk mak pulak.

Sekejap je pun carinya sebab mak tak ada specific colour/fashion.
Kami bagi cuba 2,3 helai je.
Pastu terus mak pilih.




Mak try yang ni dulu.
Kaler off white.
Ok je pun. Harga RM50



Pastu bagi mak try yang ni pulak.
Nampak kemas skit



Bagi juga mak try kaler gold ni.
Dengan ucapan " Sesuai untuk WARGA EMAS"
Hahahhaa.. Siot je anaknya kan



Walaupun daku tak termasuk dalam misi mencari baju ni kan.
Namun, ku tetap nak cuba jaya jugak.
Hahahahhaha
Ni RM50 jugak ni tau


PINK! My favourite colour.
Haruslah dicubain kan


Sis teruja dengan kuning ni tau.
Cantik warnanya. Tapi besar pulak kat badanku yang kecik molek ini.
Hahahahah
Jangan muntah




Yang ni RM250
Bulu-bulu you alls
Macam Che'Ta😆


Tok lakiku senang je pilih.
Supsap sana sini, settle dia pilih kaler  hitam ni.
Katanya buat pakai naik motor pun cun ni.
Hahahahha
Sukatilah
Steady bro. Steady!


Kembali kepada Abang Long Korea.
Jumpa yang besar ni tapi NO HOODIE.
Pasrah.
Tapi suami Korea try cari lagi kat area orang dewasa.
Jumpa pulak seperti yang diidam.
Alhamdulillah.



Ni yang besar.



Settle.
Yang ni cukup syarat.



Ni antara baju & kasut yang ada.
Banyak sebenarnya.



Kasut ni RM70.
Tapi kan cikgu Asheeq pernah nampak kat SHopipipi.
Tak sampai RM30.



Kaler ni pun cantik kan.
Kasut sini yang baru-baru tau.
katanya tak ada yg preloved.


Jauh sangat dengan Outlet diorang ni?
Apadehal.

Klik Web BUNDLE PRELOVED.
Atau terjah je Facebook BUNDLE PRELOVED ni
Semuanya dihujug jari anda tau
Selamat bershopping.

PS :
TB tak ada jual baju winter tau.
TB jual Shaklee je.
Oppss.. Ada juga jual tudung Pearl Haya.
Tapi yang fesyen lama. Kalo ada yang nak, TB boleh je jual 50% less.
Mau tak?


Noor Asheeqmazmi Mohd Mahfoz
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913863 ]
♥ Contact No | WhatsApp | Telegram :012 2662438
http://cikguasheeq.wasap.my
 ♥ Emel : monskuki@yahoo.com
♥ Website : asheeqmazmi.blogspot.com
♥ Facebook & Instagram : Asheeqmazmi Mahfoz

2 comments:

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com