30 April 2019
Nekad betul cikgu Asheeq dan kak Lin untuk pastikan lawatan keluar negara ini berjaya.
Alhamdulillah dengan sokongan & bantuan rakan-rakan serombongan, kami berjaya survived bawa budak melangkah ke seberang sempadan Malaysia.
Rombongan kami terdiri daripada :
5 cikgu (Cikgu Asheeq, Cikgu Miszalin, Cikgu Norehan, Cikgu MekJa, cikgu Din)
1 cikgu angkat, Amir Eyhsan
19 murid termasuk 2 murid Pendidikan Khas dan 1 murid sek rendah (Darwisy lettewπ)
Kami gerak dari Kluang dengan bas ekspres jam 3.00 ptg.
Tiket dah beli kira-kira sebulan awal tau π
Oleh kerana esoknya cuti hari pekerja, maka jalan sedikit jem.
Kami sampai di TBS kira-kira jam 8mlm
4 cikgu terus bawa murid-murid ni ke surau untuk qada solat & solat jamak diketuai oleh Maritza Perez π
Sementara cikgu Asheeq & kak Miszalin Lin terus g kaunter tiket untuk amek boarding pass untuk bas TBS-Hatyai.
Tiket ni pun dah beli lama....
Hahahhaa ni pun dah terlepas tiket bas yg best π
Cikgu An. Cikgu MekJa. Cikgu Amir. Cikgu Din. Cikgu Lin. Cikgu Asheeq. Darwisy.
Kami bertolak dari TBS dalam jam 11mlm selepas selesai makan malam dan tiba di Changloon dalam 5pg.
Driver bas akan mintak pasport utk keraninya isi borang masuk Thailand.
Masa ni driver bas minta bayaran RM5 seorang.
Tapi ada juga bas yang dah termasuk bayaran upah ni dalam kos tiket bas mereka.
Maka pandai-pandailah uolls pilih tiket bas ya.
Imigresen buka jam 6pg dan bas terpaksa beratur sebelum kami turun untuk cop imigresen Malaysia & Thailand.
Bab pasport ni, ada murid yang ada pasport sendiri & ada yang buat pasport berkumpulan dengan Saifuel Dinez sebagai ketua pasport.π
Siyes semuanya muka busyuk!
Tak jauh pun sempadan tu ke pekan Hatyai.
Dalam 1 jam je.Bas ekspres tak berhenti di pekan Danok tau.
Dia terus ke Hatyai.
Kalo sewa bas khas, biasanya TA akan bawa ke pekan Danok.
Kami tiba di pekan Hatyai dalam jam 8pg Thailand = 9pg Malaysia.
Tunggu 2 van sewa khas je dah lama.
Jem katanya π€£
Kesian budak-budak ni dah penat, busuk pulak tu.Hihihi
Ni busuk semuanya tau
Sementara tunggu van yang tak kunjung tiba, cikgu-cikgu g beli simkad dulu la ya.
Senang nak update pape kat keluarga di tanah air.
Padahal nak update social media je tu.
Hahahahaha
Simkad. Simkad. Simkad.
No comments:
Post a Comment