Selepas sapu sawang kat blog ni, baru boleh bernafas skit.
Terbatuk² masa buka blog ni tadi 😅
Entri pembersih habuk kali ni adalah tentang Percutian 4 hari 3 malam cikgu Asheeq & keluarga menjejak sejarah 'Darah Putih' di Kedah.
Kali terakhir cikgu Asheeq & suami korea ke sana adalah pada tahun 2007 iaitu bersempena dengan honeymoon kami yang pertama 😍
Cikgu Asheeq beli tiket MAS ni dah lama.
Bulan Jun lagi dah beli.
Lepas balik dari menunaikan umrah.
Itu pun Ein yang tolong belikan through Expedia.
Dapat diskaun lagi ❤️
Tiket return KLIA - Langkawi (13 - 16 Oktober 2017)
*Suami Korea, cikgu Asheeq, abang long Korea, mil, pil
4 dewasa + 1 kanak² = RM735.88
Murah tak?
Naik MAS tau.
Luggage dah include sekali.
Dah tak payah pening² nak bajet berat luggage nanti.
Flight kami delayed 1 jam hari tu sebab cuaca was not so good.
Maka kami duduk mengopi sekejap dekat² dengan boarding hall tu.
Mahal weh ngopi kat sini 😅
RM26 untuk 2 cawan kopi + 1 set roti
Penyek dah muka abang long Korea tu
Lama sangat tunggu nak naik flight 😅
1 malam akhir tu stay kat Kuah sebab senang nak shopping.
Hihihii
Nanti cikgu Asheeq share tips shopping kat Langkawi ye.
Kereta sewa pun kami booking untuk hari ke-3 & ke-4.
Konon-kononnya nak naik motor ler hari ke-2 tu.
Hari pertama memang tak plan nak jalan jauh pun.
Ronda sekitar Pantai Chenang je.
Bergaya tak abang long Korea ni?
Nampak tak kat gambar tu.
Langit mendung kan.
Tu pasal flight delayed tau.
Seriau gak kat atas langit tadi.
Alhamdulillah takde apa yang menakutkan berlaku.
Harga memang dah tetap.
Takde ulat teksi kat sini tau.
Bila ditanya kenapa semua kena melalui kaunter?
Abam teksi kata sebab nak elakkan penipuan.
Kadang² ada customer tertinggal barang dalam teksi.
Maka mudah nak trace back balik barang diorang.
Tak payah nak nego harga kat kaunter ni
Tiket teksi
Memang ikut turn.
Sibbaik muat boot teksi tu.
Mama & abah jaga beg
Menantu ligat nak ambil gambar
Hiihihihi
Tak jauh pun dari airport ke Malibest Resort, Pantai Chenang
Dalam 20 minit gitu.
Cuaca yang mendung membuatkan mata cikgu Asheeq pun dah ala-ala kuyu gitu
Ngantuk seyh..😴😴😴😴
Ni ha resort yang cikgu Asheeq dah siap-siap booking
Sebelah tu ada bangunan tengah under construction
Bayar deposit RM100 lebih daripada harga bilik
Nanti nak check out diorang pulangkan balik
Lif rosak la pulak
Sibbaik tingkat satu jer
Takdela semput sangat nak angkat luggage
Hihihi
Sian mama & abah nak memanjat tangga
Masuk bilik tengok saiz memang puas hati
Besar!
Boleh tambah orang tidur atas toto lagi ha
Tapi hotel tak ada bagi pun kopi ke teh ke
*walaupun cikgu Asheeq tak minum, tapi pil & suami Korea minum air tuHotel ni bagi sabun mandi dengan syampu je
Towel pun bagi 2 jerk
Kami booking untuk 4 orang sebilik
Maka suami Korea turun balik ke kaunter dan minta towel lagi
Dah settle bab bilik, terus rasa penat 😆
LAPAR weh LAPAR!!!
Nanti cikgu Asheeq share tempat makan kami malam pertama di Chenang.
Stay tune.
Klik SINI untuk baca next entri ya 😍
No comments:
Post a Comment