Malam pertama tidur kat Chenang memang nyenyak.
Hujan + aircond = tak nak bangon tidoq!
Hotel ni tak ada opsyen dengan sarapan pagi tau.
Maka kami kena cari makan kat luar.
Tapi pagi² lepas subuh dah lapar π
Sibbaik dah siap² beli roti semalam
Lepas subuh kami layan abang long Korea nak mandi pantai
Dekat je pantai dengan bilik
Turun bilik hotel dah terus nampak pantai
Cikgu Asheeq bersarapan ESP seperti biasa
Sedap tau
Lepas tu buat perut tak berkeriot bunyi
Ni gaya nak mandi pantai ke nak bersilat? π
Dah penat bermain² air dan ombak
Badan jadi penat & lapar balik
So kena cepat² bersiap untuk g sarap sebelum bergerak ke Kilim Geoforest Park
Tengoklah kedai belum buka lagi
Orang pun tak ramai kat kedai
Memasing duk memerap dalam bilik atau tengah buat aktiviti pantai kot
Tengok jalan lengang kan
Cikgu Asheeq ada nampak kedai makan yang 24jam
Maka kami plan nak sarap kat situ
Sempat lagi g sarap sebelum kereta sewa sampai kul 9.30 pagi
Lagi pun janji dengan boat kul 10.30 pagi
Pagi ni kami makan nasi lemak, nasi goreng & pulut mangga
Heaven nya bila dapat pulut mangga pagi²π
Tapi kan, memang mencekik la harga kat sini
2 pinggan nasi goreng, 1 pulut mangga, 2 nasi lemak bungkus + air
Total RM49
Kemain anak bujang makan nasi goreng
Siap je makan, kami terus tunggu abam kereta sewa
Lewat dalam sejam gitu dari masa yang dijanji
Katanya kereta kotor sangat lepas diguna oleh penyewa sebelum kami
Sebab tu lama sangat nak cuci
Takpelah lambat pun abam
Janji bersih
Kami sewa kereta Vios putih
Sabtu 9.30 pg - Isnin 6.00 ptg
Dengan harga RM90 sehari
Total selepas DISKAUN dapat harga RM210 untuk 3 hari setengah
Lepas dapat kereta, kami terus meluncur ke Kilim Geoforest Park
Ambil masa dalam 40minit jugak nak ke sana
Jauh....
Kita sambung next entri untuk cerita tentang Private Mangrove Tour kami ya
Stay tune
Jangan menyampah nak baca lagiπ
Wassalam
No comments:
Post a Comment