Bangkok : Day 1 ; Airport Suvarnabumi, Bangkok - Samran Place Hotel - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: Bangkok : Day 1 ; Airport Suvarnabumi, Bangkok - Samran Place Hotel

Feb 12, 2018

Bangkok : Day 1 ; Airport Suvarnabumi, Bangkok - Samran Place Hotel

Assalamualaikum w.b.r

Kalo anda rajin mahu baca pasal harga tiket flight KL-Bangkok return kami
meh tekan2 link kat bawah ni eh

Malaysia-Bangkok


Kita sambung cerita tentang Bangkok kita ya
Kitorang naik MAS untuk ke Bangkok
Maka flight mendarat kat airport Suvarnabumi
Kalo flight Air Asia pula mendarat kat airport Dong Muang


Cikgu Asheeq tertarik pulak dengan mural kat airport ni




Waiting for our luggage
Besar gak airport ni
Macam KLIA


Fenat weh
Pffftttfftfff 



Oleh kerana kami travel DIY
maka tiadalah TA yang menunggu kami di balai ketibaan
kami terus ke aras bawah untuk menaiki city train mereka menuju ke pusat bandar Bangkok


Kat airport Suvarnabumi ni dah siap ada tunjuk 
nak naik public transport kat aras mana
Tapi kitorang memang dah tau nak g aras mana
based on our study on Bangkok thread ni


Merata-rata ada guide ni


Sebelum kami turun ke aras B
kami pergi cari simcard booth untuk beli simcard untuk travelers
mudah je nak bli simcard ni
guna mesin je
dengan syarat ada DUIT BAHT dan ada PASSPORT


Cari signage ni tau bila nak beli simkad


Boleh pilih nak beli plan simkad yang mana satu



Ni ha mesinnya
mudah dot com sangat kan


Harga simkad yang kami beli ialah THB 299
Kami pilih yang seminggu guna je pun
Beli simkad ni sebab mudah nk surf internet
Almaklumlah kan
Travel DIY maka banyak yang nak kena google sendiri nanti

Selesai urusan beli simkad
kami terus gerak ke aras B
sempat jugaklah kami yang travelers ni ajar traveler lain cara camne nak g beli train
Hihihi

Tiket Airport Link boleh di beli di mesin atau di kaunter
sama je macam kat Malaysia 
dah selesai bli tiket ke station Phya Thai untuk kami bertiga
terus turun ke aras bawah tanah pulak
tunggu train


Ticket vending machine


Kalo takde duit kecik macam kami
beli je tiket kat kaunter


Nak turun g tunggu train pun clear je
cuma berat je kami nak bawa luggage yang berat tu turun ke bawah
hihihii

                   
Terang benderang bak hang



Do not step over than the yellow line tau
Nanti kena priiitttt priittttt


Train guard diorg bagus tau
siap jaga line tak bagi orang beratur salah arah
bila train sampai, pintu terbuka
seperti lazim & sepatutnya, penumpang dalam train yang akan keluar dulu
kami di luar ni menunggu hingga dah tiada orang nak turun lagi
barulah kami masuk dengan sopan..kikikiki


Ni tengah bli train t icket dari BTS Phya Thai ke BTS Ratchathewi


Cikgu Asheeq dah booked Samran Hotel yang berada di kawasan Ratchathewi
maka dari airport Suvarnabumi kami naik airport link dan turun di BTS Phya Thai
lepas tu bli tiket ke BTS Ratchathewi
jenuh wei angkat luggage
sibbaik kat BTS Phya Thai ada lif
tapi kat BTS Ratchathewi pulak lif & eskulator turu ke area hotel kami tu belum siap
Suami Korea lah yang berpeluh2 mengangkat luggage turun tangga

Harga train ticket :
Airport Suvaknabumi - BTS Phya Thai : 60B/person
BTS Phya Thai - BTS Ratchathewi : 15B/person



Sibbaik ada eskulator
Takdelah jenuh nak angkat naik tangga



Hamek!
Turun tangga yang tinggi 




Tolak jangan tak tolak troli tu ya 😂
Ni dah on d way g Samran Place Hotel



Jenuh weh nak sampai hotel sebab bawak luggage besaq
Kalo bawak knapsack je, ok kot
Tapi kami seronok naik train diorang yang tip top servisnya
Murah plak tu
(Pada cikgu Asheeq lah murah)

Kalo dr KL Sentral nak g KLIA dah RM55 dewasa, RM25 kanak-kanak
Ni dari Airport Suvarnabumi ke 'pekan' Bangkok 60 Baht je
Lebih kurang dalam RM7
Banyak beza kan

Nanti kita sambung lagi pasal Samran Place Hotel ni ya.
Wassalam 



No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com