7 jars system - TEACHER BONDA TEACHER BONDA: 7 jars system

Jan 14, 2017

7 jars system

Assalamualaikum w.b.r
.
Macam mana ya uolls uruskan sistem kewangan uolls?
Berapa yang nak diguna, berapa yang nak disimpan?
Berapa yang nak masuk tabung travel?

Ada yang buat sistem BALANG (Jars system) untuk menguruskan kewangan tak?
Cikgu Asheeq ada buat tapi belum secara terperinci.
Sistem balang untuk isi barang2 dapur tu, adalah.😉


Ni balang kat dapur cikgu Asheeq.
Bukan balang duit ya 😉


7 Jars System 

Balang 1

55% : NEC (neccessities)

Tabung pertama ni untuk keperluan ASAS yang macam kita belajar masa subjek KH dulu.
Ingat tak?
Keperluan asas : keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal.

Oppss lupa lagi satu.
Untuk yang berbisnes, duit dalam tabung nilah duit untuk gaji anda tau.
Gaji kena ada tau. Penat2 buat bisnes, at the end sendiri tak dapat apa2 😊

Balang 2

10% : FFA ( financial freedom account)

Tabung ini untuk duit apa sahaja pelaburan yang anda buat.
Ataupun sebagai passive income.
Bila melabur, mesti dapat duit untung kan.

Cikgu Asheeq simpan dalam Tabung Haji.
Banyak untung tau  😁

Balang 3


10% : LTSS (long term saving for spending)

Haaa.... ni tabung favourite cikgu Asheeq.
Tabung ni untuk beli  atau dapatkan benda yang cikgu Asheeq NAK SANGAT!

Contohnya pergi BERCUTI, MERAYAP.
Beli sofa impian.
Beli laptop besar untuk buat kerja sekolah & Shaklee.

Duit dalam tabung ni juga boleh anda guna untuk emergency situation.
Tayar kereta pecah tiba-tiba ke.

Yang penting buatlah apa pun yang berbaloi dengan duit dalam tabung ni.

Balang 4


10% : EDU (self education)

Tabung ni bukan semestinya untuk belajar kat universiti semata-mata.
Tabung ni adalah untuk kita grow business kita ataupun grow relationship kita or kebahagiaan kita 💗

Contohnya, duit tabung ni boleh guna untuk ke seminar Shaklee ke.
Beli buku motivasi ke pergi bengkel ke.
Beli buku untuk hubungan suami isteri, hubungan dengan Allah ke.

Balang 5


5% : PLY (play)

Duit untuk tabung ni adalah untuk dibelanjakan untuk kita having FUN.
Pergi makan-makan ke, urut-urut kaki ke, picit-picit badan ke.
Buat pedicure, menicure ke.

Spend time seronok-seronok dengan family.
Best tau.
Anak pun seronok bila dapat g makan-makan, shopping ke.💗


Balang 6

5% : GIVE (charity)

Ni balang untuk uolls beri sedekah.
Bagilah kat anak yatim ke.
Peminta sedekah yang betul-betul miskin tu ke.

Yang penting for charity mengikut fahaman agama masing-masing.


Balang 7


5% : PAR (parents)

Haa....
Ni yang paling penting.
WAJIB tau bagi ibu bapa kita.

Uolls jangan buat-buat lupa.
Rezeki yang diberi kepada ibu bapa kita nilah berkatnya lebih banyak tau.

Besar pahala bila kita gembirakan hati ibu bapa.
Tak kiralah apa cara sekalipun anda memberi.

**************************************************************************
Hokay uolls
Cikgu Asheeq harap uolls dapat cuba amalkan pembahagian duit-duit pendapatan uolls.
Jangan sampai tiap-tiap bulan ada gaji, income.
Tapi simpanan skit pun takde.
Hulur kat mak bapak pun takde.

A big NO tau.
Spend & save your money wisely.

Tak payah sediakan balang untuk isi duit2 tu pun tak apa. Yang penting pembahagian kewangan kita tu.
Selamat BERBALANG 💗💗
.
#tsunamishaklee #kasigegar19
#jarssystem

No comments:

Post a Comment

TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com