Assalamualaikum w.b.r
Kurang dari 3 minggu lagi dari tarikh kami sekeluarga dijangkakan berlepas 'bercuti',
aku dan kandaku telah berjaya membotakkan Darwisy kelmarin
walaupun begitu banyak rintangan yang dilalui kt dalam toilet semasa proses membotak
Sesungguhnya anak dan ayah mempunyai kebotakan yang sama skang ni
supaya memudahkan percutian 14 hari 12 malam kami nanti
aku pon turut merelakan kandaku memotong rambutku
(walaupun tidak secantik di kedai gunting rambut...hehheheheheh)
supaya kurang skit kadar keguguran rambut semasa berpergian nanti
Tup2 balik sekolah semalam, aku dapat berita yang Darwisy demam panas
sampai rumah aku tengok Darwisy memang dah melepet atas tilam, mata berair, seluruh badan panas
poor Darwisy....sedey aku tengok
demam tergezut dibotakkan ke?????
Awal pagi tadi Darwisy dh request : Bonda x payah g school..Teman Darwisy kt rumah tau....
makanya, subuh2 lagi aku dh sms tuan pengetua aku utk memohon cuti....
dan skang ni aku tgh melayan mulut Darwsiy yang bercakap x berhenti2
sambil tgk Tom & Jerry....
suh makan ubat pon dia mengelat
jawabnya : Darwisy dh eat ubat dgn ayah semalam...
pulok dah!
Doakan Darwisy cepat sembuh ye
sbb dah plan nak bawak dia g swimming pool.....
No comments:
Post a Comment