TEACHER BONDA TEACHER BONDA
PUNCA REZEKI TERHALANG .

PUNCA REZEKI TERHALANG .

Assalamualaikum
.
1. Tidak menjaga hubungan dengan Allah.
2. Tidak berkongsi rezeki dengan ibu bapa.
3. Tidak bersedekah.
4. Tidak membayar zakat
.


.
|TIPS LANCARKAN REZEKI|
1. Solat diawal waktu. Dirikan solat dhuha, tahajud, hajat untuk memohon kepada-Nya.
2. Berbagi rezeki kepada ibu bapa setiap bulan.
3. Rajinkan bersedekah walau seringgit. Sedekah subuh, sedekah di surau, sedekah kepada anak2 yatim.
4. Keluarkanlah zakat.
5. Bahagiakanlah anak2 anda ๐Ÿ’—
.
#tsunamishaklee #kasigegar19 #pengedarshakleekluang #loveyourfamily
Kos Sara Hidup Semakin Meruncing?

Kos Sara Hidup Semakin Meruncing?

.
Bila bercerita tentang duit, memang tak pernah habis kan. Lagi2 bila harga minyak petrol naik awal bulan Februari. Masing2 risau tentang kenaikan harga barang yang lain kan ๐Ÿ˜ฃ
.
Saya tak mahir untuk beri tips tentang perancangan duit anda. Tapi ada perkongsian yang saya boleh beri, InsyaAllah.
.
1. Berbelanja secara berhemah. Dahulukan KEPERLUAN daripada KEHENDAK. Kena kawal nafsu nafsi tu ya ๐Ÿ˜‰
2. Rajin2 bercucuk tanam ๐ŸŒฑ. Cili, bawang, sayur, serai, daun pandan & lain2. At least dah menjimatkan belanja dapur anda.
3. Tawarkan perkhidmatan yang anda mahir. Jual Shaklee, kuih, kek, nasi lemak anak dara, lontong darat cikgu hot, upah jahit baju, jadi photographer, blogger & lain2. Upgrade ikut musim. Skang ni orang suka hipster2 stail. Maka cuba buat kek, kuih ala2 hipster. Hihihi
4. Jaga kesihatan. Kawal pemakanan. Pastikan diri anda & keluarga sentiasa sihat. Maka kurang kos untuk rawatan klinik.
.

.
Jangan asyik nak salahkan orang lain bila kos sara hidup semakin meningkat. Kita sendiri yang perlu kteatif berusaha untuk menangani masalah ni. Lain keluarga, lain kos sara hidupnya. Tepuk dada, tanya iman ๐Ÿ’—
.
Ikhlas dari cikgu Fizik, bukan opsyen ekonomi.
Asheeqmazmi 0122662438
.
#tsunamishaklee #kasigegar19 #koshidup
Ada apa dengan ESP Shaklee?

Ada apa dengan ESP Shaklee?

SIAPA PERLUKAN ESP?
Sesuai untuk semua orang.
.

.
1. Individu yang sibuk
.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan:
Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
.
3. Ibu-ibu yang menyusu:
Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu di samping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
.
4. Pesakit kencing manis:
ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka:
Keanjalan kulit, juga payudara. Awet muda.
Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!
.
6. Kaum lelaki :
Untuk kesihatan optimum, tenaga berpanjangan, serta membantu melindungi drpd sakit jantung, tekanan darah tggi dan kanser prostat.
.
7. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa :
Sebagai energy booster. Kalau minum pagi2 terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus untuk menjaga berat badan.
.
8. Individu yg baru lepas pembedahan/ bersalin/ kemalangan :
ESP membantu memulihkan sel-sel badan serta membantu mengatasi masalah tekanan darah rendah dan mempercepatkan penyembuhan luka.
.
9. Pasangan yg inginkan anak :
ESP memulihara kesihatan dalaman serta menyediakan diri dengan tenaga dan kesihatan optimum. Membaikpulih sel-sel tubuh untuk membantu memperbaiki kesuburan.
Tapi, semua dengan izin Allah, supplemen hanya cara dan usaha.
.
10. Individu yg mahu optimumkan imunisasi :
Membantu menyihatkan tubuh daripada tahap sel, maka secara tak langsung ia membaiki pertahanan tubuh kita.
.
11. Pesakit Gastrik / Migrain


Anda berminat untuk memiliki ESP Shaklee?
Sila Klik Saya Mahu ESP untu pembelian terus daripada Shaklee


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.
Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. 
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Noor Asheeqmazmi Mohd Mahfoz
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913863 ]
♥ Contact No | WhatsApp | Telegram :012 2662438
 ♥ Emel : monskuki@yahoo.com
♥ Website : asheeqmazmi.blogspot.com
♥ Facebook & Instagram : Asheeqmazmi Mahfoz

Bangkok DIY : Mei 2016

Bangkok DIY : Mei 2016

Bangkok DIY.
.
Mei 2016 kami telah ke Bangkok untuk percutian DIY selama 4 hari. Ini bukan percutian DIY ke luar negara kami yang pertama. Sebelum ni kami ke Phuket, Jakarta, Bandung juga DIY. (Sikit je negara luar yang saya baru jelajah ๐Ÿ˜…) Tapi ini adalah percutian pertama yang fully bergerak sendiri.
.
Banyak tempat menarik di Bangkok jika anda rajin meng-google macam saya ๐Ÿ˜‰. Memang tugas merancang percutian itu dari A-Z saya yang buat. Tapi ofkos saya mintak pendapat kanda Asrul juga ๐Ÿ˜Š
.


.
Tempat yang paling menarik hati saya ialah Maeklong Station. Di sini kami dapat melihat bagaimana keretapi bergerak di tengah2 pasar. Memang seronok tengok makcik2 tu tarik payung sebelum keretapi lalu. Berdebar2 siot tengok keretapi tu. Saya siap kena jerit dengan makcik jual sayur sebab dekat sangat dengan keretapi. Ku sangkakan keretapinya kurus, rupanya lebar. Memang boleh tersangkut kalo duk dekat dengan landasan. Pheeeewwwww
.
Antara tips untuk kawan2 yang nak DIY percutian :
1. Study betul2 tempat yang kita nak pergi. Blog. Website & lain2.
2. Beli tiket seawal 3, 4 bulan sebelum bertolak.
3. Booking hotel pun dari awal. Kalo boleh booking yang refundable, yang boleh cancel. Sbb kita boleh cancel & rebook hotel lain jika terjumpa yang lebih murah.
4. Kalo bercuti ke luar negara, pastikan passport masih sah laku ye.๐Ÿ˜‰
5. Duit pun tukar siap2 dari Malaysia.
.
InsyaAllah Ramadhan tahun ni kami akan bercuti DIY lagi. Tapi kali ini percutian kerohanian pula.
.
#tsunamishaklee
#kasigegar19
#pengedarshakleekluang
#bangkokdiy
31 Day Challenge by JDT Blogger - day 08

31 Day Challenge by JDT Blogger - day 08

Assalamualaikum
Entri ksli nni pun dah back dated sebenarnya
.
Cikgu Asheeq super duper busy kekdahnya awal2 sekolah ni.
Sampai sekolah jam 6.50 pagi
Keluar dari sekolah jam 5 ptg
Hampir 9 jam
Sampai rumah..fengsan!
.
Entry day 08 tentang makanan yang sedang dimakan
Alkisah pagi tadi masa rehat plan nak buat entri ni
Amek gmbr je sempat
Tulis entry tak sempat ๐Ÿ˜ฃ
.


.
Makanan sihat kekdahnya
Kikiki
Tu makanan untuk snack pagi tadi
Baby carrot, cherry tomato, romano salad & nuts
Jemput makan ya kawan2 ๐Ÿ˜‰
31 Days Challenge by JDT Blogger -day 07

31 Days Challenge by JDT Blogger -day 07

Actually dah terlewat buat entry untuk day 07
Pastu nak kena qada' entry ni
Masa ambil gambar tadi niat fi hati nak terus post
Tapi terberhenti sebab nak buka pagar rumah
Dah lewat petang baru teringat ๐Ÿ˜…
Simptom orang banyak keje sangat
.
Gambar tengah on the way balik kenduri kahwin

.
Al kisah tadi memenuhi undangan kenduri kahwin.
1 bekas anak murid yang emaknya ialah lab assistant sekolah saya, kak Azizah
1 lagi kenduri kahwin anak kawan saya, kak Rohana
.
1 kenduri pergi sebelum zuhur sebab dekat dengan rumah
Lagipun kandaku ada kursus di sekolah tadi pagi
1 kenduri lagi pergi lepas zuhur sebab perlu ke bandar Kluang
.
Hari cuti camni ofkos lah banyak jemputan kenduri kahwin kan
Awak-awak yang lain gi kenduri ke idok?
.
Lepas makan nasi minyak banyak2
Kita telan omega guard Shaklee & herblax
Kasi nyah itu kolestrol

7 jars system

7 jars system

Assalamualaikum w.b.r
.
Macam mana ya uolls uruskan sistem kewangan uolls?
Berapa yang nak diguna, berapa yang nak disimpan?
Berapa yang nak masuk tabung travel?

Ada yang buat sistem BALANG (Jars system) untuk menguruskan kewangan tak?
Cikgu Asheeq ada buat tapi belum secara terperinci.
Sistem balang untuk isi barang2 dapur tu, adalah.๐Ÿ˜‰


Ni balang kat dapur cikgu Asheeq.
Bukan balang duit ya ๐Ÿ˜‰


7 Jars System 

Balang 1

55% : NEC (neccessities)

Tabung pertama ni untuk keperluan ASAS yang macam kita belajar masa subjek KH dulu.
Ingat tak?
Keperluan asas : keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal.

Oppss lupa lagi satu.
Untuk yang berbisnes, duit dalam tabung nilah duit untuk gaji anda tau.
Gaji kena ada tau. Penat2 buat bisnes, at the end sendiri tak dapat apa2 ๐Ÿ˜Š

Balang 2

10% : FFA ( financial freedom account)

Tabung ini untuk duit apa sahaja pelaburan yang anda buat.
Ataupun sebagai passive income.
Bila melabur, mesti dapat duit untung kan.

Cikgu Asheeq simpan dalam Tabung Haji.
Banyak untung tau  ๐Ÿ˜

Balang 3


10% : LTSS (long term saving for spending)

Haaa.... ni tabung favourite cikgu Asheeq.
Tabung ni untuk beli  atau dapatkan benda yang cikgu Asheeq NAK SANGAT!

Contohnya pergi BERCUTI, MERAYAP.
Beli sofa impian.
Beli laptop besar untuk buat kerja sekolah & Shaklee.

Duit dalam tabung ni juga boleh anda guna untuk emergency situation.
Tayar kereta pecah tiba-tiba ke.

Yang penting buatlah apa pun yang berbaloi dengan duit dalam tabung ni.

Balang 4


10% : EDU (self education)

Tabung ni bukan semestinya untuk belajar kat universiti semata-mata.
Tabung ni adalah untuk kita grow business kita ataupun grow relationship kita or kebahagiaan kita ๐Ÿ’—

Contohnya, duit tabung ni boleh guna untuk ke seminar Shaklee ke.
Beli buku motivasi ke pergi bengkel ke.
Beli buku untuk hubungan suami isteri, hubungan dengan Allah ke.

Balang 5


5% : PLY (play)

Duit untuk tabung ni adalah untuk dibelanjakan untuk kita having FUN.
Pergi makan-makan ke, urut-urut kaki ke, picit-picit badan ke.
Buat pedicure, menicure ke.

Spend time seronok-seronok dengan family.
Best tau.
Anak pun seronok bila dapat g makan-makan, shopping ke.๐Ÿ’—


Balang 6

5% : GIVE (charity)

Ni balang untuk uolls beri sedekah.
Bagilah kat anak yatim ke.
Peminta sedekah yang betul-betul miskin tu ke.

Yang penting for charity mengikut fahaman agama masing-masing.


Balang 7


5% : PAR (parents)

Haa....
Ni yang paling penting.
WAJIB tau bagi ibu bapa kita.

Uolls jangan buat-buat lupa.
Rezeki yang diberi kepada ibu bapa kita nilah berkatnya lebih banyak tau.

Besar pahala bila kita gembirakan hati ibu bapa.
Tak kiralah apa cara sekalipun anda memberi.

**************************************************************************
Hokay uolls
Cikgu Asheeq harap uolls dapat cuba amalkan pembahagian duit-duit pendapatan uolls.
Jangan sampai tiap-tiap bulan ada gaji, income.
Tapi simpanan skit pun takde.
Hulur kat mak bapak pun takde.

A big NO tau.
Spend & save your money wisely.

Tak payah sediakan balang untuk isi duit2 tu pun tak apa. Yang penting pembahagian kewangan kita tu.
Selamat BERBALANG ๐Ÿ’—๐Ÿ’—
.
#tsunamishaklee #kasigegar19
#jarssystem
31 Days Challenge by JDT Blogger - day 10

31 Days Challenge by JDT Blogger - day 10

Assalamualaikum sayang-sayang semua.
.
Entry hari ke-10 utk JDT Blogger challenge ni ialah :
Single atau berkahwin?
.
11 tahun dahulu saya single mingle
Penat nak layan jejaka2 yang ngorat saya
Kikikiki
.
Tapi tu 11 tahun dulu la kan ๐Ÿ˜…
Sekarang anak saya yang dah seorang tu pun dah darjah 2
Dah kawin 10 tahun dulu dengan seorang guru Ekonomi
.

.
Elok sangatlah kan
Isteri cikgu bidang Sains, sang suami bidang Ekonomi
Anak bidang apa ye nanti?๐Ÿ˜„
31 Days Challenge by JDT Blogger - day 06

31 Days Challenge by JDT Blogger - day 06

Saya adalwh seorang yang tak reti pakai mekap.
Bila diminta beza gambar TANPA mekap memang banyak.
Tapi gambar LEPAS mekap memang tak ada.
.
Oppssss ada 1.
Gambar masa kahwin.
Back to 2007 ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
.
Layankan jelah gambar tu ye ๐Ÿ˜…
.

Ni gambar tengahari tadi.
Gambar takde mekap pun.
Bedak pun tak pakai weh..


Ni plak gambar masa nikah.
Tahun 2007.
Mekap tebal gilak.
Dah pesan dgn Mak Andam supaya mekap nipis.
Apa dia pedulik kan ๐Ÿ˜ฃ
.

Cer korang bezakan.
Memang jauh beza kan ๐Ÿ˜…

31 Days Challenge by JDT Blogger - day 05

31 Days Challenge by JDT Blogger - day 05

Assalamualaikum w.b.r
.
Tajuk entri hari ni ialah 6 perkataan menggambarkan diri.
.
Waaa... 6?
.
Throwback
Cameron Highland, September 2016
Boh Plantation Kampung Palas


.
1. Cerewet
2. Garang
3. Pemalu
4. Peramah
5. Penyayang
6. Sensitif
.
Kenapa pemalu tapi peramah? ๐Ÿ˜…
Bila dengan orang yang TB tak kenal, TB jadi PEMALU. Tak reti nk berbual.
Tapi bila dikeliling orang2 yang saya kenal, memang dah macam radio tak ada punat OFF.๐Ÿ˜…
TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com